Apakah Risiko Besar yang dihadapi oleh Malaysia menjelang Tahun 2025?

  • Laporan Risiko Global 2025 menggariskan bahawa kemerosotan menjadi risiko utama yang dihadapi oleh Malaysia, bersama dengan kebimbangan mengenai kekurangan tenaga buruh, inflasi, isu bekalan makanan dan pengangguran.
  • Malaysia juga dikenalpasti terdedah kepada kesan yang diambil oleh langkah perdagangan Amerika Syarikah (AS) yang memerlukan kepada penekanan pengurusan strategik bagi memastikan ketahanan yang berterusan dalam pemandangan global yang retak.
  • Laporan Risiko Global 2025 juga menampilkan isu konflik bersenjata antara negara sebagai ancaman paling utama, cabaran alam sekitar yang menguasai pandangan dunia dalam jangka masa panjang serta penyebaran maklumat salah yang meruntuhkan keyakinan masyarakat. 
KUALA Lumpur, 17 JAN - Laporan Risiko Global 2025 oleh Forum Ekonomi Sedunia (WEF) yang dikeluarkan baru-baru ini menyenaraikan kemerosotan seperti kemelesetan atau genangan ekonomi yang menjadi cabaran terbesar yang bakal dihadapi oleh Malaysia.

Selain itu, Malaysia juga dikenalpasti sebagai antara negara yang berisiko menjadi sasaran langkah perdagangan oleh AS yang membawa kepada keperluan untuk pelaksanaan pengurusan risiko strategik bagi memastikan negara dapat bertahan dalam tempoh langkah tersebut diambil.

Mirek Dusek, Pengarah WEF berkata bahawa, "Ketengangan geopolitik yang meningkat, keyakinan global yang retak dan krisis iklim membebankan sistem global." Beliau juga menekankan mengenai kepentingan untuk melanjutkan pakatan kolaborasi bagi membina ketahanan serta memberi amaran bahawa "pancang bahaya tidak pernah setinggi sebegini," kerana krisis yang saling berkaitan menuntut kepada tindakan yang tersusun dan rapi.

Laporan itu turut menonjolkan empat kebimbangan utama Malaysia dari kaji selidik yang dijalankan olehnya iaitu:
  • Kekurangan tenaga buruh
  • Inflasi
  • Isu bekalan makanan
  • Pengangguran atau kekurangan peluang ekonomi
Hal ini juga timbul tatkala laporan mengenalpasti konflik bersenjata yang ditaja oleh beberapa negara menjadi risiko global yang terbesar pada tahun 2025. 

Hampir seperempat daripada responden meletakkan ketegangan geopolitik sebagai kebimbangan utama mereka yang menunjukkan bahawa keretakan pada sistem global semakin meningkat.

Mark Elsner, Ketua Inisiatif Risiko Global di WEF menekankan kepada keperluan pakatan kolaborasi yang berterusan. Ujar beliau, "Dari konflik kepada perubahan iklim, kita mengalami krisis perhubungan yang menuntut kepada tindakan bersama dan kesepakatan."

Laporan yang didasarkan kepada kaji selidik dari lebih daripada 900 orang pembuat dasar dan pakar global ini turut meletakkan maklumat salah sebagai risiko jangka pendek yang sering berlaku, perpaduan sosial yang rapuh dan keyakinan kepada kerajaan yang rendah.

Risiko alam sekitar pula menguasai pemandangan jangka panjang, dengan cuaca melampau, kepupusan kepelbagaian biodiversiti, dan keruntuhan ekosistem menjadi kebimbangan utama. Hal ini kemudian diikuti oleh risiko teknologi, termasuklah cabaran yang ditampilkan oleh artificial intelligence atau kepintaran buatan.

Hampir separuh daripada responden menjangkakan tempoh ketidakstabilan dalam tempoh dua tahun yang akan datang dengan pemimpin global menjadi semakin pesimistik mengenai dasawarsa yang ke hadapan.

Laporan ini juga meramalkan cabaran kepada kerjasama antarabangsa serta struktur pentadbiran yang semakin meningkat. Ia didasarkan kepada Kaji Selidik Persepsi Risiko Global (GRPS) melibatkan seramai 900 orang pakar rentas akademia, perniagaan, kerajaan, badan antarabangsa dan masyarakat madani yang dijalankan antara 2 September 2024 hingga 18 Oktober 2024.


Rujuk berita ini dalam bahasa Inggeris, "What is Malaysia's biggest risks as we go into 2025? WEF study says economic downturn top of the list" pada 17 Januari 2025 oleh portal akhbar dalam talian (online) the Malay Mail melalui MSN News.