Persekutuan Malaysia atau Malaysia adalah sebuah negara di rantau Asia Tenggara. Ia merupakan sebuah negara persekutuan yang beraja serta mempunyai 13 buah negeri. Selain itu, ia terbahagi pula kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh Laut Cina Selatan iaitu Malaysia Barat atau Semenanjung dan Malaysia Timur di Borneo yang terdiri pula daripada Sabah serta Sarawak.
Malaysia Barat berkongsi sempadan daratan dan lautan dengan Thailand serta sempadan lautan dengan Singapura, Vietnam, dan Indonesia. Malaysia Timur pula berkongsi sempadan daratan dan lautan dengan Brunei dan Indonesia, serta sempadan lautan dengan Filipina dan Vietnam.
Kuala Lumpur menjadi ibu negara Malaysia dan merupakan kota metropolitan di Malaysia. Ia menjadi kerusi untuk cawangan perundangan bagi kerajaan persekutuan. Putrajaya pula menjadi pusat pentadbiran, yang mewakili kerusi bagi kedua-dua cawangan pemerintahan atau eksekutif dan kehakiman bagi kerajaan persekutuan. Populasinya yang melebihi 34 juta orang menjadikan Malaysia sebagai negara yang ke-43 mempunyai kepadatan penduduk di dunia. Dalam pada itu, Malaysia juga adalah sebuah negara khatulistiwa yang beriklim tropika serta salah satu daripada 17 negara yang mempunyai kepelbagaian flora dan fauna terbesar di dunia. Ia menjadi habitat asli bagi spesis endemik yang pelbagai. Tanjung Piai di negeri Johor menjadi titik paling selatan bagi plat benua Eurasia.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik di bahagian yang telah ditebalkan dengan dakwat hitam di atas. Pengumpul maklumat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung yang dihormati dan berharap supaya ruangan ini bermanfaat untuk memperbaiki pengetahuan sedia ada pengguna yang berbahasa Melayu.