Demografi Malaysia

Jabatan Statistik Malaysia memaklumkan bahawa populasi Malaysia pada tahun 2020 berjumlah 32,447, 385 orang pada tahun 2020 yang menjadikannya sebagai negara yang ke-42 berkepadatan tinggi di dunia.

Menurut "Population Distribution and Basic Demographic and Basic Demographic Characteristic Report 2010 (Ethnic Distribition)" oleh Jabatan Statistik Malaysia pada tahun 2010, populasi Malaysia dijangka meningkat kepada 1.54 peratus setiap tahun pada tahun 2012. Malaysia mempunyai purata kepadatan sebanyak 96 orang per kilometer persegi sekaligus meletakkanya pada kedudukan ke-116 terpadat di dunia. Penduduk dalam lingkungan umur 15-64 tahun membentuk sebanyak 69.5% daripada keseluruhan populasi. Penduduk berusia antara 0-14 orang pula selari dengan 24.5% manakala warga emas berusia 65 tahun ke atas pula membentuk 6.0% daripada keseluruhan populasi. Pada tahun 1960, apabila banci rasmi pertama direkodkan di Malaysia, populasinya telah pun mencapai jumlah 8.11 juta orang dengan 91.8 juta daripada populasi tersebut adalah warganegara Malaysia.    

Masukan ini hanyalah masukan asas sahaja bagi membantu penyelidik mendapatkan pengetahuan dasar dari segi demografi Malaysia untuk penyelidikan lanjut mereka. Terima kasih.