Pendidikan di Malaysia

Sistem pendidikan di Malaysia mengandungi pendidikan tadika yang tidak diwajibkan. Seterusnya ia diikuti oleh enam tahun pendidikan rendah yang wajib dan lima tahun lagi pendidikan menengah yang boleh dijadikan sebagai pilihan.

Sekolah dalam peringkat pendidikan rendah dibahagikan kepada dua jenis iaitu sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah jenis kebangsaan. Sekolah rendah kebangsaan menggunakan medium bahasa Melayu dalam pengajaran manakala sekolah rendah jenis kebangsaan pula menggunakan medium sama ada bahasa Mandarin atau bahasa Tamil dalam penyampaian ilmu.

Pendidikan menengah pula dijalankan selama lima tahun. Pada akhir tahun pendidikan menengah, pelajar akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang akan menentukan tahap pendidikan mereka yang seterusnya. Selain itu, mereka yang telah menerima keputusan SPM juga boleh memilih untuk terus bekerja.

Sejak pengenalan program matrikulasi pada tahun 1999, ramai pelajar yang telah menyempurnakan program selama 12 bulan di kolej-kolej matrikulasi berjaya mendaftar di universiti tempatan. Walau bagaimanapun, hanya 10 peratus saja kuota dibuka kepada pelajar bukan bumiputera dalam sistem matrikulasi.