Bahasa Melayu Malaysia

Bahasa Melayu Malaysia adalah merupakan bentuk bahasa Melayu piawai bagi negara Malaysia dan digunakan untuk urusan rasmi dan kerajaan. Bahasa Melayu juga turut digunakan di Singapura dan Brunei yang mana bentuk piawai bahasa Melayu di sana masih boleh difahami lagi oleh penutur bahasa Melayu Malaysia.

Dari segi pengucapan, bahasa Melayu Malaysia menggunakan loghat Johor-Riau sebagai loghat yang piawai. Johor adalah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun, loghat Johor-Riau bukanlah loghat ibunda bagi penutur bahasa Melayu lain di Malaysia kerana penutur bahasa Melayu di Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang negeri serta bangsa. Bahasa Melayu Malaysia diajarkan sebagai subjek atau mata pelajaran yang wajib di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Mohon ditambahkan maklumat yang bersesuaian.