Pengenalan mengenai Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa daripada bahasa jenis Malayo-Polinesia dan tergolong dalam keluarga bahasa Austronesia. Bahasa Melayu menjadi bahasa yang rasmi di Brunei, Malaysia dan Singapura manakala ia dituturkan sebagai bahasa sukuan oleh suku kaum Melayu di beberapa negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Filipina. Di Malaysia pula, penutur bahasa Melayu dianggarkan seramai lima juta orang serta baki lima juta orang lagi berserakan di rantau perairan Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

Oleh kerana isu nasionalisme dan status bahasa Indonesia sebagai bahasa tiruan (sintetik) yang menyatukan warganegaranya serta geopolitik negara bangsa Indonesia itu sendiri, maka bahasa Indonesia dikeluarkan terus daripada senarai bahasa Melayu sebagai menghormati sejarah penubuhan negara tersebut.