Perlindungan asas bagi hak asasi manusia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysian. Hal ini termasuklah, kebebasan (Perkara 5) dan larangan kepada perhambaan serta buruh paksa (Perkara 6). Di peringkat kebangsaan, langkah perundangan yang wujud untuk menghalang pelanggaran hak asasi manusia dan penganiayaan boleh didapati dalam pelbagai akta serta undang-undang berkenaan isu yang sama ada mempunyai komponen hak asasi atau berkaitan dengan kelompok tertentu dalam masyarakat yang hak mereka diancam oleh pelanggaran. Menurut beberapa sumber rujukan akademik, kumpulan hak asasi umumnya bersikap kritikal terhadap kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Undang-undang tahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Ordinan Darurat 1969 (Keamanan Awam dan Pencegahan Jenayah) membenarkan tahanan dibuat tanpa bicara atau sabitan. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan NGO hak asasi manusia di Malaysia. Walau bagaimanapun, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 telah dipinda dan digantikan dengan SOSMA 2012 dan Ordinan Darurat 1969 telah dimansuhkan berikutan pembatalan tiga Perisytiharan Darurat pada tahun 2011.
- Perundangan dan Hak Asasi Manusia
- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
- Kumpulan Hak Asasi Manusia Malaysia
- Hak Asasi Manusia dalam Peruntukan Perlembagaan