Beberapa undang-undang di Malaysia didakwa mengekang hak asasi manusia. Beberapa perubahan dalam undang-undang ini dijelaskan oleh kerajaan sebagai reformasi hak asasi manusia, namun menurut beberapa kritikan, ia sebenarnya menjadikan kekangan yang sedia ada menjadi lebih ketat.
Kementerian Luar Negeri (KLN) pada 17 Januari 2013 mempertahankan bahawa kawalan ketat negara terhadap hak asasi manusia itu dengan menjelaskan bahawa negara ini, "mengambil pendekatan yang holistik terhadap hak asasi manusia yang mana negara memandang bahawa semua hak sebagai tidak terpecah dan saling bergantungan. Hak setiap warganegara di Malaysia adalah dilindungi oleh peruntukan sah dalam Perlembagaan Persekutuan... Namun, hak ini tidak bersifat mutlak dan tertakluk kepada antara lainnya, keamanan awam, tatasusila dan keselamatan negara." Oleh itu, walaupun Malaysia mendakwa bahawa ia, "menjunjung... prinsip sejagat hak asasi manusia," namun ia mendapati bahawa penting sekali supaya, "sejarah negara dari segi kepelbagaian agama, sosial dan kebudayaan masyarakatnya dipertimbangkan. bagi memastikan bahawa kehormatan kepada keharmonian sosial dilindungi serta dijaga. Amalan hak asasi manusia di Malaysia adalah cerminan kepada sistem nilai Asia yang lebih luas lagi yang mana kebajikan dan faedah komuniti secara kolektif dipandang sebagai lebih penting jika dibandingkan dengan hak-hak individu perseorangan.
Terdapat beberapa undang-undang yang kuat dan bersifat sekali harung yang telah lama digunakan oleh kerajaan di Malaysia. Undang-undang ini dapati mengekang hak asasi manusia dan pada pandangan pemerintah pula, memelihara keamanan awam. Pada tahun 2008, Amnesty International mencatatkan bahawa kerajaan telah "mengetatkan kawalan serta mengekang hak kebebasan bersuara dan beragama," menahan blogger di bawah Akta Hasutan, menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) untuk mengawal kandungan akhbar, dan sewenang-wenangnya menahan sesiapa sahaja di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada tahun 2012, beberapa perubahan besar dibuat pada sebilangan undang-undang yang secara rasminya dijelaskan sebagai reformasi hak asasi manusia namun dikritik ramai sama ada disebabkan oleh perubahan yang dibuat itu tidak cukup besar pun, dan pada hakikatnya, lebih mengekang lagi hak asasi manusia di Malaysia.
Akta berkaitan dengan keamanan awam dan keselamatan yang dikatakan mengekang hak asasi manusia di Malaysia adalah seperti berikut:
- Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
- Akta Hasutan 1948
- Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
- Akta Polis 1967