Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau dikenali juga dalam bahasa Inggeris sebagai Internal Security Act 1960 (ISA), adalah sejenis undang-undang tahanan pencegahan yang pernah berkuatkuasa di Malaysia. Undang-undang ini digubal selepas Persekutuan Malaya mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1957. ISA membenarkan penahanan dibuat tanpa sebarang perbicaraan atau sabitan jenayah di bawah keadaan yang didefinisikan sebagai sah terhad. Pada 15 September 2011, Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa undang-undang ini telah dibatalkan dan digantikan dengan dua lagi undang-undang yang baru. ISA digantikan dan dibatalkan oleh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) yang telah diluluskan di Parlimen serta menerima perkenan diraja pada 18 Jun 2012. Akta SOSMA mula berkuatkuasa pada 31 Julai 2012.

Masukkan maklumat penting berkenaan hal ini.