Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) adalah merupakan sebuah institusi yang menangani dan menggariskan mengenai hak asasi manusia di Malaysia. SUHAKAM ditubuhkan melalui akta Parlimen Malaysia iaitu Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597] dan memulakan operasinya pada April 2000. Kanun pengasasan SUHAKAM boleh dilihat pada Seksyen 2 dalam Akta 597 yang mendefinisikan, 'hak asasi manusia' sebagai merujuk kepada, 'kebebasan asasi yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan Malaysia'. 

Mandat SUHAKAM secara umumnya adalah untuk mempromosi pendidikan hak asasi manusia, menasihati kerajaan atau agensinya berhubung dengan perundangan atau dasar yang berkaitan dengan hak asasi manusia serta menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia.

Begitulah sedikit sebanyak butiran mengenai SUHAKAM sebagai sebuah institusi hak asasi kebangsaan (NHRI) di Malaysia. Pengumpul berharap butiran asas mengenai institusi seperti di atas dapat membantu dalam penyelidikan lanjut tuan dan puan berhubung dengan mekanisme hak asasi manusia nasional di Malaysia. Terima kasih.