Laman web Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) setakat tahun 2024 membahagikan urus setia atau sekretariatnya kepada tujuh bahagian iaitu:
- Bahagian Dasar
- Bahagian Undang-Undang dan Triti Antarabangsa
- Bahagian Pendidikan dan Kemasyarakatan
- Bahagian Media dan Promosi
- Bahagian Koordinasi Antarabangsa
- Bahagian Penerbitan dan Pengurusan Maklumat
Selain daripada itu, isu hak asasi manusia di Malaysia turut menarik perhatian negara rakan dagang Malaysia yang antaranya seperti Kesatuan Eropah (EU) yang menjalinkan hak asasi manusia ke dalam setiap aktiviti ekonomi dan diplomasinya dengan negara rakan dagangnya. Mereka menyediakan geran dan dana untuk membantu usaha penyelidikan dan promosi hak asasi manusia di negara rakan dagang mereka. SUHAKAM turut menerima geran daripada EU sebagai sebahagian daripada usahanya dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara rakan dagangnya seperti Malaysia. Maka SUHAKAM telah menubuhkan satu unit liaison bagi pengurusan dana oleh EU.
- Projek Khas Geran Kesatuan Eropah
Di samping itu, SUHAKAM juga mempunyai pejabat cawangan di Malaysia Timur kerana kedudukan autonomi di bahagian berkenaan adalah rumit dan kompleks.
- Pejabat Bahagian Sabah
- Pejabat Bahagian Sarawak
Maklumat lanjut berkenaan dengan perkara seperti di atas boleh juga diakses daripada laman web rasmi SUHAKAM (sila klik di sini untuk mengakses) yang mana kebanyakan bahan rujukannya adalah sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Pengumpul berharap semoga bahagian ini memberikan manfaat pengetahuan yang amali untuk penyelidikan tuan dan puan yang sudi berkunjung ke bahagian ini. Terima kasih.