Bahagian Undang-Undang dan Triti Antarabangsa (LITD) melaksanakan fungsi utama Suruhanjaya dalam menasihati, membantu dan menyediakan syor dasar untuk kerajaan bagi hal yang berikut:
- Memformulasi dan menilai undang-undang yang sedia ada serta meminda serta undang-undang baru dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa; dan
- Melaksanakan dan memihak kepada triti serta instrumen hak asasi manusia antarabangsa.
- Penyelidikan perundangan dan dasar;
- Penyediaan kertas pendirian dan dasar; dan
- Menjalankan libat urus dengan kementerian, agensi kerajaan dan aktor dasar seperti ahli parlimen, mahkamah dan masyarakat madani bagi mempromosi reformasi undang-undang serta pelaksanaan triti yang diratifikasi.
Aktiviti utama LITD untuk SUHAKAM pula termasuklah menganjurkan aktiviti yang berikut iaitu:
- Kolokium kehakiman
- Libat urus dengan pemegang taruh
- Bengkel dan perbincangan;
- Watching brief di mahkamah.
Hingga kini, LITD telah pun menjalankan libat urus dengan kerajaan mengenai penilaian dan, atau formulasi undang-undang berkaitan dengan agensi penguatkuasa undang-undang, hukuman mati, hak pekerja, anti penyeludupan orang, gangguan seksual dan diskriminasi gender.
Akhir sekali, LITD bekerja memastikan bahawa undang-undang dan dasar di Malaysia bertunjangkan juga dengan hak asasi manusia dan selaras dengannya.