Bahagian Dasar menyokong Suruhanjaya dari segi memberikan nasihat serta membantu kerajaan dalam memformulasi dasar, amalan dan prosedur pentadbiran, khususnya mengenai isu yang berkaitan dengan hak ekonomi, sosial dan kebudayaan. Syor dan panduan yang diberikan haruslah selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.
Antara hasil penyelidikan dan penerbitan bahagian ini sejak tahun 2011 adalah seperti berikut:
- Laporan mengenai Hak Asasi Manusia dan Akses kepada Penjagaan Kesihatan Saksama, 2011
- Rangka Kerja mengenai Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia untuk Malaysia, 2015
- Hak kepada Pendidikan untuk Kanak-Kanak dengan Ketidakupayaan Pembelajaran: Tumpuan kepada Pendidikan Rendah, 2015
- Laporan mengenai Perkhidmatan Penjagaan Warga Emas dan Sokongan kepada Penjaga, 2015
- Laporan mengenai Transgender di Kuala Lumpur dan Selangor, 2019
Di samping itu, bahagian ini berhubungan dengan kementerian atau agensi kerajaan yang relevan bagi mengenalpasti dan mencari penyelesaian bagi membolehkan keperluan asas termasuklah akses kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan pekerjaan untuk golongan rentan di Malaysia dipenuhi. Selaras dengan pengumuman Menteri Undang-Undang pada 24 Jun 2019, bahagian ini membuat susulan dan bersedia menyokong kerajaan dalam membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) yang pertama di Malaysia.