Menurut laman web SUHAKAM, pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang pertama di Malaysia adalah pada Ogos 2019 bertujuan untuk menambahbaik hak kanak-kanak di Malaysia. Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak atau Office of the Children's Commissioner (OCC) ini menjadi pejabat 'bebas' yang bertanggungjawab dalam memperkasa dan melindungi hak kanak-kanak seperti yang digariskan dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak atau United Nations Convention in the Rights of Children (CRC). Peranan utama Pesuruhjaya Kanak-Kanak atau Children's Commissioner (CC) adalah untuk melindungi dan mempromosi hak semua kanak-kanak di bawah usia 18 tahun tanpa mengira latar belakang atau status mereka di seluruh Malaysia.
Tugas CC bertumpu kepada memastikan empat prinsip CRC seperti tiada diskriminasi, kepentingan terbaik kanak-kanak, hak kepada kehidupan, meneruskan kehidupan, dan perkembangan serta pandangan kanak-kanak dihormati tetap dipatuhi oleh semua pihak. Selanjutnya, peranan CC juga adalah untuk memperkasa undang-undang berkaitan dengan kanak-kanak menerusi kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta 597.
Masukkan maklumat selanjutnya sekiranya terdapat penambahan.