Nama Malaysia dari Tanah Melayu
Nama Malaysia ini adalah gabungan daripada perkataan Malays yang bermaksud Melayu dan imbuhan -ia yang apabila digabungkan membawa maksud, Tanah Melayu. Variasi yang sama bunyinya juga muncul dalam catitan lama yang boleh dijejaki sehingga abad ke-11 masihi, sebagai toponim bagi kawasan di Sumatera atau merujuk kepada rantau yang lebih besar lagi di sekitar Selat Melaka.
Rujukan Awal mengenai Melayu
Sastera Vayu Purana yang berbahasa Sanskrit, yang kononnya dikatakan wujud sejak milenia awal masihi lagi turut menyebut mengenai tanah yang disebut sebagai Malayadvipa, yang dikenalpasti oleh sesetengah sarjana sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Selain itu, Geografia yang dikarang oleh Ptolemy pada abad ke-2 M menggunakan nama Malayu Kulon untuk merujuk kepada pantai barat Golden Chersonese dan Malayu yang ditulis oleh Yijing pada abad ke-7 M.
Istilah Melayu sebagai Jati Etnik
Pada satu tahap juga, wujud sebuah kerajaan yang disebut sebagai Kerajaan Melayu bersempena nama Sungai Melayu. Kerajaan Melayu seterusnya dikaitkan dengan empayar Srivijaya serta berkait rapat pula dengan pelbagai bahagian di Sumatera, terutamanya sekali Palembang, yang mana difikirkan menjadi tempat asal Parameswara, pengasas Kesultanan Melaka.
Perkataan Melayu ini dikatakan berkembang menjadi etnonim atau jati bagi satu etnik apabila Melaka meningkat menjadi kuasa serantau pada abad ke-15 M. Proses islamisasi kemudian menjadikan Melayu sebagai identiti bagi penduduk di Melaka dan istilah Melayu ini mula muncul saling digunakan bagi merujuk kepada orang Melaka. Istilah Melayu ini juga boleh jadi digunakan khusus bagi merujuk kepada penutur bahasa Melayu tempatan yang setia dengan Sultan Melaka.
Penggunaan bahasa Portugis yang awal iaitu Malayos mencerminkan hal yang di atas apabila mereka merujuk kepada golongan pemerintah di Melaka. Kehebatan pedagang dari Melaka menyebabkan Melayu dikaitkan dengan pedagang Muslim dan seterusnya dikaitkan pula dengan kelompok kebudayaan serta linguistik yang lebih meluas lagi. Melaka dan Johor masing-masing mendakwa bahawa mereka adalah pusat bagi kebudayaan Melayu, pendirian yang turut disokong juga oleh British sehingga menyebabkan istilah Melayu menjadi lebih condong digunakan bagi merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu berbanding dengan kepada Sumatera.
Istilah Melayu sebagai Rujukan Geografi
Sebelum penjajah Eropah menjejakkan kaki mereka di rantau Asia Tenggara, Semenanjung Tanah Melayu dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Tanah Melayu atau Malay Land dalam Bahasa Inggeris. Di bawah pengelasan bangsa yang dicipta oleh Johann Friederich Blumenbach, seorang cendekiawan dari Jerman, orang asal kelautan di Asia Tenggara kemudiannya dikelompokkan dalam satu kategori sahaja iaitu bangsa Melayu.
Berikutan ekspedisi Jules Dumont d'Urville, seorang pelayar dari Perancis ke Oceania pada tahun 1826, beliau kemudian mencadangkan istilah Malaysia, Micronesia dan Malenesia kepada Societe de Geographie pada tahun 1831, bagi membezakan kebudayaan Pasifik dan kumpulan kepulauan yang sedia wujud dengan istilah Polinesia. Dumont d'Urville menjelaskan bahawa Malaysia ini adalah "satu kawasan yang diketahui umum sebagai Hindia Timur". Pada tahun 1850, George Samuel Windsor Earl, seorang etnologis berbangsa Inggeris menulis Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, yang mencadangkan supaya kepulauan di Asia Tenggara dinamakan sebagai Melayunesia atau Indunesia yang mana beliau berminat dengan istilah yang awal itu.
Istilah Malaysia ini menerima sejumlah pengguna yang menggunakannya sebagai label untuk apa yang dikenali kini sebagai Kepulauan Melayu. Dalam peristilahan moden, Melayu masih lagi kekal menjadi nama kelompok etnoreligius bangsa Austronesia yang menghuni Semenanjung Tanah Melayu dan beberapa bahagian di kepulauan yang berdekatan dengannya di Asia Tenggara, termasuklah di pantai timur Sumatra, pantai Borneo dan kepulauan kecil yang terentang di antara kawasan-kawasan ini.
Nama Malaysia sebagai Rujukan Persekutuan Tanah Melayu, Jajahan Mahkota British dan Singapura
Selanjutnya, negara yang menerima kemerdekaan dari United Kingdom pada tahun 1957 kemudian mengambil nama Persekutuan Malaya yang dipilih bagi mencerminkan minat pemimpinnya kepada nama lain iaitu Malaysia atau Langkasuka yang juga berpotensi menjadi negara itu. Langkasuka merujuk kepada sebuah kerajaan lagenda di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu yang wujud pada awal abad milenia.
Akhirnya, nama Malaysia tetaplah diterima pakai menjadi nama negara itu pada tahun 1963 apabila negeri-negeri yang wujud dalam Persekutuan Malaya, bersama dengan Singapura, Borneo Utara dan Sarawak membentuk satu persekutuan yang baru. Satu teori lagi menyebut bahawa nama tersebut mengandungi suku kata "si" yang mewakili kemasukan Singapura, Borneo Utara dan Sarawak ke dalam persekutuan maka nama Malaysia pun dipilih bagi menggantikan Persekutuan Malaya.
Di samping itu, ahli politik di Filipina juga mempertimbang menamakan semula negara mereka sebagai Malaysia sebelum negara persekutuan baru itu menggunakan nama Malaysia.