Jangan Hanya Menikmati Istirehat, Buat Keputusan yang Betul, Kelompok Doktor Gesa Kementerian Kesihatan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak sepatutnya hanya menikmati istirehat, tetapi menyelesaikan pelbagai isu terutamanya mengenai sistem Waktu Kerja Berlainan (WBB) yang hangat diperkatakan, ujar Malaysia Medical Association Section Concerning House Officers, Medical Officers and Specialists (MMA Schomos).

Dalam satu kenyataan yang dimasukkan dalam laman Facebook pada 18 Januari 2025, Sabtu, MMA Schomos menyeru KKM supaya keputusan untuk menjalankan istirehat bagi mempertimbang isu berkenaan doktor selepas satu sesi town hall yang tergesa-gesa gagal untuk membangkitkan kebimbangan kritikal yang disuarakan oleh pekerja di sektor kesihatan.

Isu terbaru berkenaan syif di bawah WBB yang dicadangkan untuk waktu bekerja baru bagi doktor itu telah dibantah keras beberapa hari yang lalu. Pada 18 Januari 2025, Datuk Seri Dr, Dzulkefly Ahmad berkata bahawa:

  • Melalui sistem ini, masa bekerja akan dikurangkan dari 99 jam ke 72 jam seminggu;
  • Sistem ini bertujuan untuk memastikan pegawai kesihatan dan pakar tidak bekerja terlalu keras di samping memperbaiki keseimbangan kerja-kehidupan mereka selain memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai; dan
  • Pelaksanaan sistem ini akan dibincangkan dengan terperinci semasa tempoh istirehat tiga hari yang akan diadakan hingga 19 Januari 2025 (Ahad).
Dalam masukan Facebooknya, MMA Schomos berkata bahawa ia mengambil maklum mengenai keputusan KKM untuk menjalankan tempoh istirehat, yang antara lainnya bertujuan untuk mempertimbang sistem syif WWB yang bakal berlangsung.

Lanjutnya lagi, "Langkah ini diambil selepas ketidakpuasan hati yang disuarakan oleh ramai pekerja kesihatan semasa sesi Town Hall baru-baru ini. Sesi ini telah gagal memaklumi kebimbangan kritikal yang dibangkitkan oleh pekerja kesihatan. Penting sekali untuk difahami bahawa sesi town hall ini, diadakan dengan notis 24 jam, yang mana pemegang taruh yang terlibat tidak dibabitkan dalam konsultasi ini namun ia bersifat dari atas ke bawah atau situasi fait accompli. Selain itu, persoalan dan ulasan pemegang taruh juga tidak dijawab atau diselesaikan dengan sewajarnya."

MMA Schomos menyenaraikan perkara yang perlu diberikan pertimbangan serius iaitu:

  • Menghentikan pelancaran WBB;
  • Isu elaun kerja atas panggilan (on-call);
  • Pembahagian tenaga kerja;
  • Pembuatan dasar yang telus dan merangkumi semua; dan
  • Kehilangan pendapatan pekerja kesihatan.
Mereka memohon supaya KKM mempertimbangkan:

  • Konsultasi yang teliti dengan pemegang taruh;
  • Berkomunikasi dengan pekerja kesihatan, khususnya pegawai kesihatan muda yang akan terkesan dengan dasar ini; dan 
  • Memastikan bahawa sistem ini praktikal dan tidak memburukkan lagi isu yang sedia ada.
Dalam pada itu, mereka meminta supaya KKM mengambil maklum dan menangani isu pembahagian tenaga kerja terkini apabila waktu bekerja dikurangkan tanpa berkompromi dengan penjagaan kesihatan pesakit. Sebarang penyelesaian yang dicadangkan mestilah berkisarkan kepada kemampuan untuk melaksanakannya bagi faedah para doktor dan pesakit serta bukannya hanya sambil lewa.

Ia selanjutnya menyebut bahawa kenaikan elaun kerja atas panggilan dan had kepada syif WBB mingguan ini tidak mencukupi serta tidak adil kepada doktor yang tidak termasuk dalam sistem WBB ini. Menurutnya, jumlah elaun untuk semua doktor mestilah dinaikkan seperti yang diseru serta dilaksanakan di seluruh prasarana KKM. Semua faedah haruslah sama untuk semua orang.

Seterusnya, MMA Schomos menyeru supaya pekerja kesihatan dibahagikan kerja yang sama rata. Audit yang komprehensif mengenai keperluan menetapkan kuantiti kakitangan yang diperlukan dengan meletakkan tuntutan populasi, beban kerja hospital dan yang paling penting sekali norma untuk setiap perkhidmatan sebagai penanda aras. Maklumat ini boleh dipamerkan di papan pemuka telus yang boleh diakses umum.

Di samping itu, KKM haruslah mengelak membuat keputusan secara sebelah pihak sahaja tanpa mendapatkan input dari lapangan. Konsultasi dengan pemegang taruh perlu membolehkan input bermakna dikumpulkan berbanding dengan menjadikannya sebagai formaliti sahaja.

Di bawah sistem WBB, syif mingguan yang melepasi waktu bekerja biasa akan dianggap sebagai sebahagian daripada 45 jam bekerja mingguan yang sebenarnya merugikan doktor dari segi pendapatan mereka.

MMA Schomos menekankan bahawa ahlinya tidak menentang pembaharuan atau penambahbaikan pada keseimbangan waktu bekerja-kehidupan, namun KKM perlu juga melihat ketidakseimbangan kewangan dan memastikan bahawa tiada pekerja kesihatan yang rugi akibat pengurangan pendapatan hasil dari pelaksanaan sistem ini.

"Pembaharuan mesti memberikan nilai tambah baik pada sistem dan bukannya menjatuhkan moral profesional yang bergantung kepadanya serta tidak memberikan impak kepada penjagaan kesihatan pesakit. Kami bersedia membantu untuk memperkembang penyelesaian pragmatik bagi mempertingkat lagi mutu sistem penjagaan kesihatan negara demi faedah semua," MMA Schomos mengakhiri kenyataannya. 

Rujukan boleh dibuat dengan mengakses, "Don't just enjoy retreat, make the right decisions, doctors group urges Health Ministry," oleh Zakiah Koya di portal Malay Mail melalui berita MSN pada 19 Januari 2025.