Kejatuhan Matawang Ringgit Malaysia

Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia telah mencadangkan supaya kerajaan mempertimbang tambatan matawang seperti yang dibuat semasa Krisis Kewangan Asia (AFC) bagi menyelesaikan isu matawang ringgit yang tidak stabil dalam pasaran tukaran wang asing. Mahathir berkata bahawa ketidaktentuan ekonomi global yang timbul akibat pandemik COVID-19 menyebabkan kestabilan nilai ringgit perlu diutamakan.

Mengambil maklum mengenai kontroversi berkenaan dengan nilai pertukaran yang ditambat seperti yang diperkenal dalam pentadbirannya selepas AFC, beliau menegaskan bahawa hal itu telah menghalang ringgit daripada terus menjadi sasaran spekulator matawang ketika itu. Beliau berkata, "when we set the value of the ringgit at 3.80 to the dollar and we guaranteed a supply of the currency at that value, the ringgit no longer fluctuated. Even currency traders could not affect the ringgit by dumping it to depress its value."

Mahathir selanjutnya berkata bahawa Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) yang pada awalnya mengkritik tindakan menambat matawang dengan dollar itu akhirnya mengambil maklum bahawa ia membantu menghalang situasi Malaysia daripada menjadi lebih teruk pada ketika itu. Beliau berkata bahawa tambatan yang serupa kini juga akan memberikan kepastian kepada perniagaan yang harus meminjam atau mengimport dengan menggunakan matawang asing. Jika hal ini tidak dijalankan, maka dikhuatiri perniagaan akan menerima kesan buruk dari ketidakseimbangan nilai ringgit.

Ringgit telah mengalami kejatuhan yang teruk pada Mac 2022 menyebabkannya kehilangan 4.3 peratus daripada nilainya berbanding dengan USD. Kini, ringgit diperdagang hampir 4.38 berbanding satu dollar. Kejatuhan ini berdasarkan kepada isyarat dari the US Federal Reserve bahawa ia kini sedang menaikkan kadar faedah pada tahun ini selepas bertahun-tahun tidak mengenakan faedah atau hampir tiada faedah langsung.

A. Tambatan Matawang kepada Dollar US

Tambatan matawang dijalankan apabila sesuatu negara itu mengekalkan nilai matawangnya pada kadar tukaran yang ditetapkan kepada USD. Bank Pusat di sesuatu negara itu mengawal nilai matawangnya maka ia akan naik atau jatuh mengikut dollar. Nilai dollar akan melonjak naik atau turun kerana ia berada dalam kadar timbul di pertukaran matawang.

Sekurang-kurangnya sebanyak 66 negara sama ada menambat matawang mereka kepada dollar atau menggunakan dollar sebagai legal tender masing-masing. Dollar menjadi terkenal kerana ia dijadikan matawang dalam reserve dunia. Pemimpin dunia memberikannya status tersebut dalam Perjanjian Bretton Woods 1944. Pesaing matawang dollar adalah euro. Sebanyak 25 negara menambat matawang mereka dengan euro manakala 19 negara ahli dalam eurozone menggunakan euro sebagai matawang mereka sendiri.

B. Maklumat Penting

  • Tambatan kepada matawang dollar digunakan untuk menstabilkan kadar tukaran antara rakan dagangan;
  • Negara yang menambat matawangnya kepada dollar akan merendahkan nilai matawangnya. Nilai matawang yang rendah berbanding dollar akan membolehkan negara mengeksport barangan keluar dengan harga yang berdaya saing;
  • Berbanding dengan nilai tukaran yang terapung, tambatan matawang kepada dollar akan menggalakkan anti-persaingan dengan Amerika Syarikat (US).
  • Tambatan matawang yuan kepada dollar membolehkan US membeli bahan import dari China dengan harga murah. Walau bagaimanapun, terdapat juga kesan negatif kerana ia memberi kesan buruk kepada industri pembuatan di US sendiri.     

C. Fungsi Tambatan

Tambatan pada dollar akan menetapkan kadar tukaran matawang. Bank Pusat sesuatu negara itu akan berjanji untuk memberikan nilai yang tetap bagi matawangnya sebagai tukaran kepada dollar US. Negara itu haruslah mempunyai jumlah dollar yang banyak dalam simpanannya bagi mengekalkan tambatan ini. Kesannya, kebanyakan negara yang menggunakan tambatan dollar akan menjadi antara pengeksport terbesar di US. Syarikat mereka akan menerima bayaran dalam dollar US. Mereka akan menukar matawang dollar kepada matawang tempatan bagi membayar gaji pekerja dan pembekal tempatan mereka.

Bank Pusat akan menggunakan dollar untuk membeli Khazanah US. Mereka berbuat begini bagi menerima bunga faedah untuk pegangan dollar mereka. Sekiranya mereka perlu menaikkan bayaran kepada syarikat mereka, maka mereka akan menjual Khazanah itu di pasaran sekunder.

Bank Pusat akan memantau kadar tukaran matawang terkait dengan nilai dollar. Sekiranya matawangnya itu jatuh di bawah tambatan, maka ia perlu menaikkan nilainya dan merendahkan nilai dollar. Ia berbuat begitu dengan menjual Khazanah di pasaran sekunder. Penjualan Khazanah akan memberikan tunai kepada Bank Pusat untuk membeli matawang tempatan. Dengan menambah bekalan Khazanah untuk jualan dalam pasaran, maka nilai matawang itu akan jatuh bersama dengan nilai dollar. Penyesuaian ini akan mengurangkan bekalan matawang tempatan, menaikkan nilainya dan tambatan dikembalikan semula.

Menjadikan matawang setara adalah sukar kerana nilai dollar berubah selalu. Oleh itu, kebanyakan negara akan menambat nilai matawang mereka kepada dollar berbanding dengan memberikan nilai yang sebenar-benarnya.

D. Contoh Kadar Tukaran Tetap

China telah berubah dari

Reference: