Kematian Pelatih Perubatan Hospital Pinang

A. Pengenalan

Baru-baru ini Jabatan Kesihatan Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa seorang graduan pegawai kesihatan telah terjatuh dari bangunan kediamannya pada 17 April 2022. Dr. Ma'arof Sudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengesahkan bahawa si mati adalah seorang graduan perubatan yang menjadi pegawai perubatan junior di Hospital Pulau Pinang pada 4 April 2022.

Dalam kenyataan beliau pada 4 Mei 2022 (Rabu), kes ini sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan autopsi sedang dijalankan oleh Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang bagi mengenalpasti punca kematian. Mereka sedang menunggu beberapa ujian makmal sebelum melengkap laporan siasatan. Dr. Maarof menyatakan bahawa laporan akhir akan diserahkan kepada PDRM bagi membantu siasatan. Oleh kerana kes ini masih lagi dalam siasatan polis dan penghormatan yang diberikan kepada keluarga si mati, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang memohon kerjasama semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat palsu mengenai insiden malang ini. Jabatan Kesihatan Pulau Pinang akan memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan kes ini. Beliau memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan si mati.

B. Perbincangan

Sebuah portal berita telah melaporkan bahawa seorang pegawai perubatan muda yang ditugaskan di Hospital Pulau Pinang telah meninggal dunia selepas beliau terjatuh dari sebuah bangunan di Jalan Datuk Keramat. Penolong Pesuruhjaya Soffian Santong, Ketua Polis Daerah Timur Laut telah mengesahkan kes ini dan memaklumkan bahawa siasatan awal ditumpukan kepada kes kematian mengejut.

Kes ini dipercayai merupakan kes kedua yang melibatkan kematian doktor pelatih muda dalam jangka masa dua tahun. Pada Disember 2020, portal yang sama turut melaporkan mengenai seorang lagi yang meletakkan jawatan dari Hospital Pulau Pinang dan meninggal dunia secara mengejut.

Sementara itu, Dr. Norlela Ariffin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pulau Pinang menyatakan bahawa doktor juga yang diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan telah bekerja dalam keadaan yang "tidak berperikemanusiaan" sejak dahulu lagi. Beliau mendakwa bahawa ahli keluarga beliau yang menjalani latihan turut terlibat dalam 27 kemalangan kereta disebabkan oleh keletihan kerana bekerja terlalu lama. Maklum balas yang diterima oleh beliau dari Kementerian Kesihatan termasuklah ahli politik adalah hal ini merupakan proses yang normal dilalui oleh semua pegawai perubatan. Beliau menambah lagi bahawa budaya ini nampaknya telah diterima sebagai satu budaya dalam kerjaya perubatan. Dr. Norlela membandingkan pengalaman menantu beliau yang menjadi doktor di United Kingdom dan mendapati bahawa situasi kerja di sana lebih "berperikemanusiaan" serta kehidupan dan pekerjaan diseimbangkan jika dibandingkan dengan di Malaysia. Dr. Norlela berkata bahawa alasan Kementerian kesihatan bahawa masalah bekerja melampaui batasan jam ini terjadi diakibatkan oleh kekurangan pekerja adalah sangat sukar untuk diterima kerana ramai graduan perubatan sama ada mereka gagal atau menunggu terlalu lama untuk diterima masuk dalam perkhidmatan. Tidak masuk akal bagi Kementerian Kesihatan membiarkan hal ini berlanjutan apabila doktor yang terpaksa membuat "keputusan hidup-mati" dalam situasi bekerja sebegini semasa merawat pesakit.                  

Rujukan