KUALA LUMPUR, 18 Jan - Kementerian Pengangkutan mengumumkan penutupan jalan kepada kenderaan berat selama empat hari dan pengurangan kadar had laju sementara di seluruh negara semasa perayaan Tahun Baru Cina.
- Penutupan jalan kepada kenderaan berat akan berkuatkuasa pada 27 dan 28 Januari, sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan pada 1 dan 2 Februari 2025 selepas perayaan Tahun Baru Cina;
- Tujuan langkah ini diambil adalah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan kadar risiko kemalangan jalan raya yang mungkin berlaku akibat percampuran antara kenderaan berat dengan kenderaan peribadi semasa waktu puncak; dan
- Bagi pematuhan kepada penutupan jalan ini, maka Kementerian akan mempertingkat lagi kegiatan penguatkuasaan di seluruh negara sepanjang Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Sementara itu, pengurangan kadar had kelajuan negara akan berkuatkuasa dari 28 Januari 2025 hingga 2 Februari 2025 sebagai sebahagian daripada usaha 'Ops Selamat' oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sehubungan dengan itu, Kementerian Pengangkutan menggesa pengguna jalan raya supaya mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan lalu lintas semasa musim perayaan dengan slogannya, 'Pandu selamat, jiwa selamat.'
Sumber berita dalam bahasa Inggeris 'Transport Ministry announces four-day for heavy vehicles nationwide, reduces speed limits two days before and after CNY' oleh the Malay Mail melalui MSN News pada 18 Januari 2025.