Media Massa di Malaysia

Akhbar utama di Malaysia sebenarnya dimiliki oleh kerajaan dan parti politik yang memerintah pakatan, walaupun sesetengah parti pembangkang utama juga mempunyai lidah rasmi mereka, yang dijual secara terbuka bersama dengan akhbar lain.

Terdapat juga perpecahan dalam kalangan media kepada dua bahagian di Malaysia. Media yang beribu pejabat di Semenanjung biasanya memberikan keutamaan yang kecil kepada berita dari Malaysia Timur, serta selalu memberikan gambaran bahawa Malaysia Timur adalah seperti jajahan Semenanjung Malaysia. Oleh itu, Malaysia Timur di Sarawak melancarkan TV Sarawak sebagai televisyen di internet bermula pada tahun 2014 dan kemudian sebagai stesen televisyen rasmi pada 10 Oktober 2020, bagi mengatasai masalah keutamaan yang kecil serta liputan dari media di Semenanjung selain memperkukuh perwakilan Malaysia Timur di media.

Dalam pada itu, media sering dipersalah sebagai punca kepada ketegangan antara Malaysia dengan Indonesia yang mana penduduk Malaysia sering menerima imej yang buruk mengenai warganegara Indonesia.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai media dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Berita dalam bahasa Kadazan-Dusun dan bahasa Bajau hanya boleh didapati dalam siaran Berita Radio Televisyen Malaysia (RTM). Berita yang bertulis dalam bahasa Kadazan pernah juga diterbitkan dalam akhbar The Borneo Post, Borneo Mail, Daily Express, dan the New Sabah Times namun penerbitannya mula mengecil kepada satu seksyen dalam akhbar sahaja.

Kebebasan akhbar juga terhad di Malaysia dengan banyak sekali sekatan kepada hak penerbitan dan penyebaran maklumat kepada umum. Pada 3 November 2010, Badan Penyiaran British atau British Broadcasting (BBC) mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah menyerbu syarikat akhbar pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) dilangsungkan.

Pada tahun 2007, akhbar Malaysia Kini pada 29 Jun melaporkan bahawa satu agensi kerajaan telah mengeluarkan arahan supaya semua stesen televisyen dan radio swasta daripada menyiarkan ucapan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang. Tindakan ini telah dikutuk oleh ahli politik pembangkang seperti calon daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Di samping itu, the Malaysian Mirror pada 9 September melalui rencana "The east-west divide of Malaysian media" melaporkan bahawa kebebasan akhbar di Sabah adalah lebih besar daripada di bahagian pentadbiran lain di Malaysia. Mindy McAdams (2011) dalam "How Press Censorship Works" dipetik mendakwa bahawa undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Media 1984 [Akta 301] mengekang kebebasan dalam mengungkapkan pandangan di Malaysia.