Negeri manakah yang paling mahal untuk menanggung keluarga dengan selesa? Mengejutkan kerana ia bukan Kuala Lumpur, ujar petunjuk kos kehidupan Putrajaya yang baru

Kuala Lumpur, Nov 2 - Tanya sesiapa sahaja dan mereka mesti akan memberitahu anda bahawa makan luar di ibu kota sebenarnya tidak murah pun. Petunjuk baru yang mengira kos kehidupan untuk kehidupan yang selesa sebaliknya menunjukkan hal yang berlawanan dengan kenyataan itu.

Kerajaan Anwar Ibrahim telah melancarkan Basic Expenditure for Decent Living Indicator (PAKW) atau Petunjuk Perbelanjaan Asas untuk Kehidupan yang Selesa hari ini. Ia dikatakan memberikan gambaran yang lebih baik mengenai kos kewangan bagi menanggung apa yang dianggap sebagai kehidupan yang normal.

PAKW dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) membolehkan orang awam mengira perbelanjaan bulanan untuk bahan asas dan perkhidmatan mengikut rantau, saiz keluarga dan kelompok umur.

Selepas pengiraan semua pemboleh ubah, kalkulator menunjukkan bahawa menanggung keluarga di Kuala Lumpur sebenarnya lebih murah berbanding dengan di beberapa negeri.

Perbelanjaan Makanan

Perbelanjaan satu rumah bagi purata 3.2 ahli rumah:

  • Kuala Lumpur, RM 1,487.00 
  • Selangor, RM 1,881.00
  • Terengganu, RM 1,842.00
  • Perak, RM 1,432.00
  • Perlis, RM 1,486.00
  • Negeri Sembilan, RM 1,554.00
  • Kedah, RM 1,524.00
  • Pulau Pinang, RM 1,510.00

Perbelanjaan Bahan Bukan Makanan tetapi Penting

Perbelanjaan tertinggi sekali adalah di Selangor pada RM 3,973.00 diikuti oleh Kuala Lumpur pada RM 3,971.00. Perbelanjaan bahan ini termasuklah pakaian, sewa rumah, bil utiliti, pengangkutan, komunikasi dan penjagaan kesihatan.

Perbelanjaan Keseluruhan Bulanan

Perbelanjaan kira-kira RM 1,487.00 untuk satu rumah dengan purata 3.2 ahli rumah bagi memenuhi standard pengambilan nutrien bulanan yang diperlukan atau required monthly nutrient intake (RNI) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan - beberapa ringgit lebih murah berbanding dengan di Melaka (RM 1,810.00), Johor (RM 1,751.00), Sarawak (RM 1,795.00), Sabah (RM 1,747.00) dan Pahang (RM 1,642.00).

Negeri dengan perbelanjaan makanan keperluan yang paling rendah sekali bagi setiap rumah di Perak, adalah pada RM 1,432.00.

Perlis mempunyai purata PKAW hanya RM 1.00 lebih murah berbanding dengan Kuala Lumpur, manakala Negeri Sembilan dan Kedah masih lagi dalam jumlah yang hampir sama iaitu masing-masing pada RM 1,554.00 dan RM 1,524.00.

Penang, walaupun merupakan salah satu bandar terbesar di Malaysia, namun perbelanjaan makanan bulanan di situ masih lagi yang terendah untuk satu rumah iaitu sebanyak RM 1,510.00.

Negeri dengan perbelanjaan makanan bulanan tertinggi sekali bagi satu rumah adalah Selangor iaitu sebanyak RM 1,881.00 manakala Terengganu pula yang kedua tertinggi iaitu sebanyak RM 1,842.00. Perhatikan juga bahawa purata perbelanjaan makanan juga turut termasuk kos makan di luar.

Didapati juga bahawa walaupun Kuala Lumpur adalah antara bandar yang termurah untuk menanggung keluarga, namun ia masih lagi merupakan bandar yang mahal untuk bahan asas bukan makanan dan perkhidmatan.

Bahan Bukan Makanan

Walaupun Kuala Lumpur mungkin antara bandar yang termurah dalam menanggung keluarga, namun ia masih lagi merupakan bandar yang paling mahal untuk bahan keperluan bukan makanan dan perkhidmatan. Bahan tersebut termasuklah pakaian (dewasa dan kanak-kanak), sewa, bil utiliti, pengangkitan, komunikasi dan bil penjagaan kesihatan.

Menurut kalkulator lagi, Kuala Lumpur menduduki tempat kedua selepas Selangor untuk perbelanjaan bahan keperluan bukan makanan bulanan iaitu sebanyak RM 3,971.00. Selangor pula sebanyak RM 3,973.00. Apabila digabungkan dengan kos perbelanjaan makanan, Lembah Klang (Kuala Lumpur dan Selangor), sewajarnya mempunyai kos perbelanjaan bulanan keseluruhan tertinggi.

Bagaimana pula dengan Pulau Pinang atau Johor, memandangkan kedua-dua negeri ini mempunyai ibu negeri yang terbesar selepas Kuala Lumpur? Perbelanjaan bahan makanan dan bukan makanan di bandar utama di Pulau Pinang serta Johor adalah sama, namun harganya lebih murah di kawasan sekelilingnya yang membantu mengurangkan purata keseluruhan negeri.

Oleh sebab itu, Melaka menduduki tempat yang keempat selepas Labuan. Ia mempunyai purata perbelanjaan bulanan sebanyak RM 5,291.00 iaitu murah RM 616.00 berbanding Pulau Pinang serta RM 657.00 lebih murah berbanding Johor.

Terengganu yang dipandang oleh orang ramai sebagai negeri yang sunyi dengan perdagangan yang kecil juga mempunyai perbelanjaan keperluan rumah bulanan yang lebih tinggi berbanding dengan Pulau Pinang serta Johor, iaitu sebanyak RM 4,695.00. Namun, perbezaan harga kecil pula hanya RM 30.00 lebih daripada Pulau Pinang dan RM 61.00 lebih daripada Johor.

Dalam pada petunjuk PAKW mendedahkan latar belakang kos kehidupan di seluruh Malaysia, ia turut menggariskan tekanan kewangan yang unik yang dihadapi oleh ahli rumah bergantung kepada lokasi mereka.

Oleh kerana perbelanjaan bahan makanan dan bahan bukan makanan berbeza-beza, maka alat baru ini menawarkan perspektif yang lebih jelas untuk perancangan keluarga bagi bajet bulanan dan bagi pembuat dasar yang menyasarkan untuk menangani ketidaksamarataan serantau dari segi ekonomi.

Akhir sekali, hal ini menggariskan kepentingan perancangan kewangan yang tersusun dan sokongan kerana cabaran kos kehidupan sentiasa berubah-ubah di seluruh negara. 

Berita asal dalam bahasa Inggeris boleh didapati secara atas talian (online) di, "Which state is the most expensive for feeding a family'decently'? Surprise, it's not KL, says Putrajaya's new living cost indicator" oleh Syed Azmi Jaymal Zahiid, Malay Mail, 2 November 2024.