Berdasarkan kepada semua hipotesis jawapan yang disenaraikan oleh pengguna Quora tersebut, Malaysia mempunyai beban impak negatif dari semua jawapan pilihan yang di atas. Oleh itu, warganegara Malaysia menyelesaikan isu ini dengan kekaburan atau tidak menjawab persoalan yang dikemukakan itu. Sebagai contoh, kamus di Malaysia berjudul, "Kamus Dewan" dan "Kamus Dewan Perdana" yang tidak mempunyai sebarang jenama bahasa pada kulitnya.
Sebaliknya, Indonesia bersungguh-sungguh menjelaskan bahawa bahasa kebangsaannya adalah bahasa Indonesia. Hal ini tercermin pada jenama yang diletakkan pada kulit kamus bahasa mereka.
Jadi, sekiranya kenyataan "kita mempunyai bahasa kita sendiri," maka kenapakah "kita malu untuk menggunakannya?" Pengguna Quora tersebut menjawab bahawa, mereka hanya mempunyai bahasa tempatan kamu sahaja dan bukannya bahasa piawai. Bagi memahami hakikat bahasa yang piawai ini, marilah kita membaca kertas penyelidikan berjudul "Bahasa Piawai dan Pemiawaian Bahasa Melayu," oleh Prof. Emeritus Dr. Asmah Haji Omar yang diterbitkan seperti berikut:

Maksudnya, "Kepada orang awam, bahasa yang piawaian itu adalah kepelbagaian pengucapan yang dituturkan oleh orang bangsawan, ahli akademik, golongan yang memanjat kelas sosial dan guru-guru bahasa. Bahasa yang piawai itu menjadi pengenalan status kedudukan seseorang itu dalam masyarakat dan juga status pendidikannya. Selalunya, ia menjadi keperluan yang tidak dapat dielakkan dalam status ekonomi dan sosial. Di England sebagai contohn, penekanan yang besar sekali dikenakan kepada penguasaan Queen's English atau bahasa Inggeris Ratu, dan kepelbagaian bentuk pengucapan yang salah satunya menetapkan kelayakan tidak bertulis yang terdapat dalam permohonan pekerjaan. Hasilnya, kita dapati bahawa orang Inggeris mempunyai kesedaran yang lebih tinggi mengenai kepelbagaian pengucapan yang digunakan oleh mereka berbanding dengan orang Melayu. Hal ini menimbulkan rasa prestij dan berkelas tinggi dalam kalangan mereka."
Walau bagaimanapun, "Kedudukan bahasa piawai dalam komuniti penutur bahasa Melayu pula berbeza, dari segi kepelbagaian khusus ini tidak menjadi faktor utama bagi kenaikan kedudukan atau martabat seseorang dalam masyarakat. Hal ini kerana, bahasa Melayu hanya menerima statusnya yang terkini apabila ia dijadikan sebagai pra-syarat kepada permohonan kerja atau permohonan pelajar untuk menyambung pengajian di universiti atau kolej."
Ujarnya lagi, "Kurangnya penegasan dalam ketetapan bagi satu kepelbagaian dalam kalangan penutur bahasa Melayu ini berlaku kerana orang Melayu sendiri yang tidak pasti mengenai kepelbagaian mana yang diambil oleh mereka bagi menentukan bahawa bahasa mereka itu piawai.. Tanyalah penutur asli sendiri, yang berpendidikan, apakah maksudnya bahasa Melayu yang piawai bagi mereka? Mereka pastinya akan menjawab dengan jawapan yang sememangnya stereotaip iaitu bahasa Melayu Johor-Riau. Mereka yang lain pula mungkin akan memberikan jawapan lain yang lebih masuk akal iaitu bahasa Melayu piawai adalah bahawa Melayu yang diucapkan dalam siaran Radio dan Televisyen Malaysia, kerana kepelbagaian bahasa pengucapan yang menjadi bahasa sebaran am ini menunjukkan keselarasan dari segi sebutan pembaca berita."
Selanjutnya, "kelewatan dan ketidakpastian dalam pilihan bahasa Melayu mana yang piawai mungkin juga boleh dikaitkan dengan lewatnya kemunculan kesatuan kebangsaan dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Orang Melayu di situ hanya bersatu sebagai satu bangsa pada tahun 1948 dengan kelahiran Persekutuan Malaya di bawah perlindungan empayar British. Persekutuan ini mengandungi sebanyak 11 negeri dengan sembilan daripadanya adalah negeri Melayu yang mempunyai sultan mereka sendiri. Sementara dua daripada 11 negeri tersebut adalah tanah jajahan British. Selain itu, sebelum tahun 1948, negeri-negeri Melayu selain daripada empat Negeri Melayu Bersekutu mempunyai entiti politik mereka sendiri. Dengan itu, pembahagian bahasa Melayu di Semenanjung secara umumnya boleh ..."