Perbincangan Pengguna Indonesia tentang Bahasa Melayu di Malaysia

Pengguna Indonesia tersebut memulakan perbincangannya dengan slogan yang menurutnya digunakan di serata negara Malaysia, "bahasa jiwa bangsa". 

Lanjutnya lagi, "Bolehkah sesiapa dalam kalangan warganegara Malaysia memberitahunya bahasa atau bangsa mana satukah yang diertikan dalam slogan tersebut?" Adakah bahasa dan bangsa Melayu? Adakah Malaya? Atau adakah ia Malaysia? Menurutnya, dia tidak pernah mendapat jawapan yang memuaskan dari sesiapa pun warganegara Malaysia kerana setiap pilihan jawapan yang diberikan akan memberi akibat yang teruk atau di Indonesia slogannya berbunyi, 'maju kena, mundur kena'."

Pengguna tersebut menyenaraikan jawapan yang diterimanya serta logik menurut persepsinya sebagai seorang warganegara Indonesia. 

1. Jika jawapannya adalah bahasa dan bangsa Melayu, jadi orang Melayu tidak boleh diharapkan bertutur dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu dilihat sebagai bahasa suku kaum sama seperti bahasa suku kaum lain seperti bahasa Iban, bahasa Kadazan, bahasa Cina atau bahasa Tamil. Jadi, jangan harap orang bukan Melayu yang "didiskriminasi" itu akan bersatu serta berpegang dengan semangat patriotik yang sama dengan rakan senegara Melayu mereka yang bertuah berbanding mereka. Maka, mereka akan dapat melihat fenomena "keengganan" berlaku dalam kalangan warganegara bukan Melayu di Malaysia.



2. Jika jawapannya adalah bahasa Malaysia atau bangsa Malaysia, maka Malaysia haruslah memastikan kesamarataan dalam kalangan warganegara Malaysia yang mana ia termasuklah menarik status keistimewaan Bumiputera (dibaca sebagai Melayu) dan juga dipanjangkan ke status raja-raja Melayu. Namun menurutnya, hal ini menyaksikan bantahan besar-besaran yang mana kelompok orang Melayu berarak menyatakan rasa tidak bersetuju terhadap ICERD di Malaysia.

3. Jika jawapannya adalah bahasa Malaya atau bangsa Malaya, atau gabungan kedua-duanya sekali, maka tindak balasnya dijangkakan seperti berikut:

  • Warganegara bukan Malaya tidak boleh diharapkan berbahasa Melayu; dan
  • Wujudnya populasi yang terdiri daripada sesiapa sahaja yang datang dari Malaya yang mana ia lebih teruk daripada dua pilihan jawapan yang di atas. 

Pengguna menyatakan bahawa dia tidak mereka-reka soalan ini sendiri. Sebaliknya, persoalan ini adalah versi soalan yang lebih jelas dan berterus terang untuk soalan sama yang dikemukakan oleh Prof. Jayum Jawan, Profesor di Institut Pengajian Borneo di Universiti Malaysia Sarawak (UMS).  

Sumber terjemahan di atas boleh didapati dalam bahasa Inggeris oleh Aditya, D. (2025) "Hazami Jahari, Director of Dewan Bahasa dan Pustaka says that “Malaysia is the weirdest country in the world, we have our own language, but we’re embarrassed to use it.” Do you agree with Hazami that Malaysia is the weirdest country in the world?" di platform Quora.