Perkataan Bahasa Parsi dalam Bahasa Melayu

Pengaruh bahasa Parsi masuk ke dalam bahasa Melayu sejak abad ke-13 masihi hingga abad ke-15 masihi seterusnya membentuk bahasa Melayu Klasik.

Berikut adalah perkataan bahasa Parsi yang digunakan bagi konsep-konsep yang diimport dari rantau Asia Tengah dan Asia Barat dalam bahasa Melayu iaitu:

Anggur, badam, bandar, bang (azan), buru (segera), destar (tengkolok), dewan (balai), feringgi (portugis atau orang putih), firman (kata-kata Tuhan), gandum, istinggar (senapang), khojakismis, nakhoda (ketua kapal), pahlawan (pendekar), pasarpiagam (perlembagaan atau kontrak), piala, temasya (pesta).

Dalam pada itu, bahasa Parsi juga turut menerima pengaruh bahasa Arab sama seperti bahasa dalam negara-negara yang dipengaruhi oleh agama Islam. Perkataan yang berbau Arab dalam bahasa Parsi yang diserap ke dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:

Akhbar (surat khabar), haiwan (binatang), madrasah, nasihattarikh atau tawarikh (sejarah), ustaz (guru agama).

Senarai istilah bahasa Parsi yang digunakan dalam bahasa Melayu Klasik adalah seperti berikut:

  • Haram ziadah Anak haram atau anak gampang
  • Kutub khanah Perpustakaan
  • Syahbandar Kastam
  • Zamin Turan tanah bangsa Turan atau merujuk kepada negeri Kedah

Selanjutnya, serapan perkataan daripada bahasa asing ini bukan bermaksud bahasa Melayu langsung tidak mempunyai perkataannya sendiri untuk sesuatu konsep atau benda. Sebaliknya, ia lebih kepada kepelbagaian atau diversity yang terdapat dalam penggunaan bahasa Melayu mengikut perkembangan era dan zaman. Bahasa Melayu Klasik menjadi bahasa kebangsaan di negeri-negeri Melayu di sekitar Semenanjung Tanah Melayu hingga kini.