Perkataan Bahasa Tamil dalam Bahasa Melayu

Aku berasa agak semak perut melihat sesetengah orang mengaitkan hampir semua perkataan bahasa India yang ada dalam bahasa Melayu di Malaysia sebagai serapan dari bahasa Tamil. Hakikatnya, bahasa Melayu memang menyerap perkataan dari bahasa asing sama sahaja seperti bahasa asing lain di Eropah, Asia dan Afrika. Jadi, berikut adalah perkataan bahasa Tamil yang telah diserap ke dalam bahasa Melayu di Malaysia.

Acuan, apam, ayah (bapa), cerpu (duli), emak (ibu), kakakkapal, katil (ranjang), kedai, kuil, manikam (permata), meterai (cap), misai, peti (kotak), pinggan, pualam (marmar), pututirai (langsir), tunai. 

Mungkin juga terdapat serapan dari bahasa India Selatan lain dalam bahasa Melayu contohnya seperti bahasa Malayalam. Sebagai contoh, Mahathir Muhammad, perdana menteri Malaysia yang keempat adalah seorang yang berketurunan Malayalam dari sebelah bapanya. Hal ini menunjukkan pengaruh warga dari Kerala agak kuat di Semenanjung Malaysia. Selain itu, bahasa Tamil Klasik atau Koddun Tamizh sebenarnya menyerap juga perkataan bahasa Sanskrit dan sebaliknya maka bahasa Tamil ini yang memberikan kata serapan kepada bahasa lain di Asia Tenggara semasa zaman klasik.