Sindiket Penyeludupan Rokok Elektronik ditahan SPRM

SEPANG, 22 Januari 2025 - Satu sindiket penyeludupan disyaki merasuah pegawai-pegawai di Jabatan Kastam Diraja Malaysia supaya menutup mata berhubung dengan kegiatan haram mereka telah ditumpaskan oleh anggota penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan "Op Airways", diikuti dengan risikan yang menyeluruh oleh Bahagian Risikannya.

Sindiket ini dipercayai membayar rasuah beribu-ribu ringgit kepada anggota penguatkuasa bagi melepasi mesin pengimbas kargo sekaligus membenarkan barangan tersebut dibawa masuk ke Malaysia tanpa sebarang rekod. 

Ketua Pesuruhjaya di SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan kes ini dan menambah bahawa penyiasatan masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dalam serbuan ini, SPRM turut meramps kira-kira RM 250,000 wang tunai bersama dengan beberapa barangan berharga termasuklah empat jam tangan, tujuh subang telinga, seutas rantai leher, lima gelang tangan, dua bentuk cincin, satu pouch, dua buah beg tangan wanita, satu tali pinggang, satu hard drive, satu monitor, dua CPU dan dua buah lori.    

Sumber berita boleh diakes di, "[Updated] Customs officers busted in RM 8 mil vape smuggling scandal" oleh Austin Camoens dan Najihah Borhan dalam Business Times, the New Straits Times Malaysia. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan