Tindakan Disiplin terhadap 311 Pejawat Awam sejak Tahun 2012

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengambil tindakan disiplin ke atas seramai 311 orang pejawat awam sejak tahun 2012 berdasarkan kepada isu yang timbul dalam pelbagai laporan yang dikemukakan oleh Ketua Auditor Negara.

"Sejak 14 Januari 2025, tindakan disiplin yang diambil oleh JPA itu termasuklah amaran, denda, pembayaran lewat gaji, penurunan pangkat dan pembuangan kerja," jelas M. Kulasegaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi).

"Dua orang pejawat awam telah didakwa di mahkamah," lanjut beliau lagi di Dewan Rakyat tanpa menyebut apakah kesalahan pejawat awam tersebut semasa memberikan maklum balas kepada S. Kesavan (PH-Sungai Siput) yang bertanya mengenai tindakan berkenaan isu yang timbul dalam laporan Ketua Auditor Negara, termasuklah ketirisan kewangan.

Beliau berkata bahawa sejak 2012, "sejumlah 12,393 isu telah diaudit, dengan 11,594 daripadanya telah diselesaikan manakala bakinya berjumlah 799 masih lagi sedang dalam audit. Hingga 24 Februari 2025, sebanyak 32 isu disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), 138 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 166 pula disiasat oleh pelbagai jawatankuasa kecil yang dikoordinasikan oleh JPA".

Berita disesuaikan daripada, "Disciplinary action taken against 311 civil servants since 2012" hasil liputan saudara Faiz Zainudin melalui akhbar dalam talian Free Malaysia Today (FMT).