Wayang Kulit Kelantan

Menurut laman web rasmi Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (2020), wayang kulit adalah sejenis kesenian tradisi yang suatu ketika dahulu terkenal di negeri Kelantan. Ia biasanya dimainkan di bangsal atau panggung yang diiringi oleh kumpulan muzik serta patung wayang kulit yang terdiri daripada pelbagai watak. Contoh wayang kulit yang didapati di negeri Kelantan adalah seperti berikut:

Tok dalang menjadi orang yang melakonkan peranan dan menggerakkan patung wayang kulit mengikut kisah yang ingin ditayangkan kepada penonton. Cerita dalam permainan wayang kulit ini pada asasnya dipetik daripada epik India Purba khususnya Ramayana yang diubahsuai mengikut citra kebudayaan Melayu tempatan di Kelantan. Perusahaan menghasilkan wayang kulit boleh didapati di Kampung Kemasin di jajahan Bachok; Kampung Pasir Chetok, jajahan Pasir Mas; Kampung Laut, jajahan Tumpat; Kampung Setek, jajahan Kota Bharu; dan Kampung Sri Tunjong di jajahan Tumpat.