Kedah atau nama panjangnya, Negeri Kedah Darul Aman, dikenali juga dengan nama Baratnya iaitu Queda merupakan salah satu negeri yang terletak di sebelah barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini merangkumi keluasan lebih 9,000 km persegi dan mengandungi bahagian tanah besar serta kepulauan Langkawi. Tanah besar Kedah umumnya merupakan kawasan tanah datar yang digunakan untuk pertanian padi, manakala kepulauan Langkawi pula kebanyakannya tidak berpenghuni.
Begitulah perihalnya negeri Kedah, salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu, Malaysia. Terima kasih.