Kesenian tradisional Malaysia umumnya bertumpu kepada bidang ukiran, tenunan dan pertukangan logam perak. Kesenian tradisional terdiri daripada sulaman bakul dari kawasan pedalaman sehinggalah kepada kerja pertukangan untuk hiasan di istana-istana diraja Melayu.
Kesenian asli yang biasa ditemui di Malaysia adalah seperti, keris, tepak sirih, tekapan batik dan sulaman songket. Manakala kesenian di Malaysia Timur pula terdiri daripada topeng kayu. Setiap kelompok suku kaum mempunyai kesenian persembahan yang berbeza-beza dengan sedikit pertindihan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, kesenian bangsa Melayu turut menunjukkan sedikit pengaruh India Utara kerana hubungan sejarah antara rantau mereka dengan India Utara.
A. Kesenian Melayu Semenanjung Malaysia
Seni muzik tradisional Melayu dan persembahan lakon tari yang terdapat di Semenanjung berasal dari rantau Kelantan-Pattani dan dipengaruhi oleh kebudayaan dari India, China, Siam dan Sumatera di Indonesia. Muziknya dihasilkan daripada alat bunyian tradisional terutamanya sekali oleh gendang. Sekurang-kurangnya terdapat sebanyak 14 jenis gendang tradisional yang digunakan dalam kesenian Melayu di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan alat bunyian diperbuat daripada bahan yang diperolehi daripada alam semulajadi.
Muzik tradisional di Semenanjung digunakan untuk cerita penglipurlara, merayakan sesuatu peristiwa dalam kehidupan atau pesta menuai. Selain itu, muzik tradisional digunakan juga sebagai satu bentuk komunikasi jarak jauh.
Dari segi lakon wayang yang diiringi dengan muzik, Semenanjung Tanah Melayu mempunyai beberapa kesenian tradisi contohnya seperti berikut:
B. Kesenian Muzik di Malaysia Borneo
Di Malaysia Borneo, sekumpulan alat muzik yang berasaskan gong seperti agung dan kulintang digunakan dalam upacara seperti upacara pengebumian atau perkahwinan. Kumpulan alat muzik ini terkenal juga di rantau berjiran seperti di Mindanao, Filipina; Kalimantan di Indonesia; dan Brunei.
E. Tradisi Kesusasteraan di Malaysia
Sastera Melayu
Malaysia mempunyai tradisi lisan yang kuat. Tradisi ini telah wujud sebelum ketibaan sistem tulisan lagi dan ia masih berterusan hingga kini. Setiap kesultanan Melayu di Semenanjung misalnya mempunyai tradisi kesusasteraan mereka sendiri yang dipengaruhi oleh cerita lisan serta kisah yang telah wujud sebelum ketibaan agama Islam di sini.
Sastera Melayu yang awal ditulis dalam tulisan Arab. Sastera Melayu bertulis terawal sekali diketahui terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang dipahat pada tahun 1303.
Pada tahun 1971, kerajaan telah mengambil langkah untuk mendefinisikan sastera bahasa yang pelbagai di Malaysia. Sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu disebut sebagai "sastera kebangsaan Malaysia", manakala sastera bumiputera lain pula digelar sebagai, "sastera serantau", sementara sastera dalam bahasa lain disebut sebagai "sastera bahagian." Puisi Melayu juga berkembang maju dan digunakan dalam pelbagai bentuk. Selain itu, bentuk hikayat popular dan bentuk pantun pula melebar dari bahasa Melayu ke bahasa lain.
Sastera Inggeris
Bahasa Inggeris juga menjadi bahasa kesusasteraan yang biasa di Malaysia. pada tahun 1971, kerajaan telah mengambil langkah untuk mendefinisikan sastera bahasa yang pelbagai di Malaysia.
Sastera Cina dan Tamil
Sastera Cina dan sastera Tamil menjadi satu kebiasaan juga apabila jumlah penutur bahasa ini bertambah di Malaysia. Sastera dalam bahasa-bahasa ini diterbitkan di Malaysia pada abad ke-19 masihi hingga kini.